Syarikat MOFARD AGROTECH FARM ini ditubuhkan pada 16hb September 2010 bagi menjalankan penternakan puyuh secara moden, bersistematik dan mesra alam. Projek ini melibatkan penyelidikan dan pembangunan bidang penternakan puyuh pedaging menggunakan sistem ladang tertutup "Close House System". Projek ini telah mula beroperasi sepenuhnya pada 16hb April 2011 dengan kemasukan benih puyuh dari baka IKTA (Institut Kemajuan Ternakan Ayam) sebanyak 5,000 ekor bagi reban A sebagai permulaan dan diikuti 5,000 bagi reban B pada minggu berikutnya . Bangsal berukuran 60"kaki X 30"kaki ini dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu A & B bagi membolehkan proses pengeluaran dilakukan sebanyak 2 peringkat dalam sebulan. Lokasi operasi syarikat ialah di daerah Sabak Bernam yang beralamat di No. 22 Parit 6 Timur, 45300 Sungai Besar, Selangor.
Bangsal Tertutup Ternakan Puyuh Pedaging"Close House" Mofard Agrotech Farm (Gambar 1)
Prospek industri penternakan puyuh di negara ini adalah amat cerah memandangkan permintaan terhadap daging puyuh pada hari ini melebihi daripada bekalan. Harga daging puyuh telah meningkat bukan sahaja di negara kita tetapi juga di luar negara. Keadaan ini berlaku kerana polisi perdagangan yang liberal, peningkatan kos pengeluaran serta permintaan yang semakin meningkat. Hari ini pengeluaran daging puyuh menjadi satu industri yang boleh mendatangkan keuntungan (profitable) yang tinggi dengan wujudnya bio-teknologi serta sistem yang berteknologi tinggi, moden dan mesra alam. Dengan ini pengeluaran akan menjadi lebih optimum, teratur dan bersistematik.
Penternakan puyuh pada masa ini masih ditahap kecil - kecilan kerana masih ramai yang beranggapan penternakan ini sukar untuk mencapai ketahap komersil. Kebanyakan penternak puyuh masih mengamalkan cara penternakan tradisional. Masalah yang sering dihadapi oleh penternak adalah bekalan benih puyuh yang sangat terhad. Punca benih puyuh adalah samada dari ladang sendiri atau dibeli dari penternak lain yang mempunyai penternakan puyuh baka. Kebanyakan penternak puyuh tempatan menggunakan satu jenis puyuh untuk pengeluaran telur dan daging. Penternak baka induk puyuh menggunakan sistem pembiakan kaedah pusingan di mana anak menggantikan induk. Apabila stok induk telah tua dan perlu diganti maka penternak ini akan mengambil telur - telur dari stok ini untuk ditetaskan dan kemudian dijadikan induk. Cara penternakan ini telah berjalan dengan lamanya dan didapati hasil pengeluaran dan prestasi puyuh semakin merosot atau tiada perubahan.
Projek penternakan puyuh IKTA yang dijalankan di Mofard Agrotech Farm dijalankan secara berperingkat atau fasa. Pada fasa pertama projek ini dinamakan "Projek Perintis Penternakan Puyuh Moden atau dikenali sebagai 4PM" fasa pertama projek adalah untuk menyelidiki satu modul standard yang diberi nama "Mofard Agrotech Research Performance".
Ia merupakan satu modul panduan yang tertumpu kearah penyelidikan dan pembangunan (R&D) sistem penternakan dan pengurusan yang lebih bersistematik dan teratur seperti :-
- Penyelidikan dan pembangunan sistem reban tertutup "close house system". ini bagi mempastikan kaedah sistem penternakan benar-benar efisen dan efektif dimana jumlah kematian dapat dikurangkan, pengeluaran lebih optimum dan mesra alam serta pembesaran yang lebih cepat berbanding penternakan kaedah reban terbuka @ konvensional.
- Proses perindukan dan pembesaran (berorentasikan formula)
- Proses penyembelihan, pemprosesan, pembungkusan dan penyejukan, penggredan dan perlabelan.
- Proses pemasaran yang berperingkat dan berstrategi.
pada fasa ke-2, projek tertumpu kepada penyelidikan dan pembangunan (R&D) sistem perindukan, pengeraman dan penetasan. Ini bagi mempastikan telur - telur puyuh dapat ditetaskan dengan jumlah yang maksimum serta anak benih yang berkualiti dan bermutu tinggi. Setelah mencapai kejayaan bagi kedua-dua fasa ini, pihak MAF akan meneruskan fasa seterusnya iaitu fasa ke-3.
Fasa ke-3 ini dimanakan "Projek Penternakan Puyuh Moden Komersil (3PMK)" yang bakal melibatkan jumlah ternakan sebanyak 500,000 ekor puyuh sepusingan. Projek ini akan meneruskan modul standard penternakan yang ke-2 iaitu "Mofard Agrotech Advance Research Performance"
VISI
Ingin menembusi pasaran tempatan dan antarabangsa bagi produk berasaskan daging puyuh yang berkualiti tinggi pada kos yang minimum setanding denganindustri daging lain seperti daging lembu, ayam dan sebagainya.
MISI
- Membesarkan dan mengembangkan lagi perniagaan dengan pembukaan ladang-ladang baru dengan jumlah pengeluaran sebanyak 500,000 ekor sepusingan dalam masa 4 tahun.
- Ingin menjayakan atau menyempurnakan "Mofard Agrotech Research Performance"
- Menubuhkan pusat pengeraman dan penetasan berteknologi tinggi dengan jumlah pengeluaran anak benih melebihi 500,000 ekor seminggu.
- Ingin menembusi pasaran tempatan dalam tempoh 3 tahun akan datang.
- Mencari peluang pemasaran di luar Malaysia iaitu Asia Tenggara sebagai permulaan.
- mencapai tahap ISO dan GAHP (Amalan Baik Penternakan Haiwan) demi keyakinan pengguna terhadap burung puyuh.
OBJEKTIF SYARIKAT
- Mempastikan bekalan yang berasaskan puyuh mencukupi bagi pasaran tempatan dan juga luar negara dan menjadikan ia sebagai makanan varian utama bersaing dengan ayam.
- Mewujudkan satu sistem penternakan yang berteknologi tinggi, efisen dan bersistematik.
- Memajukan sistem R&D ketahap yang maksimum
- Menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat terutama kepada golongan sasar seperti ibu-ibu tunggal, penganggur dan golongan miskin.
PROSEDUR OPERASI PENTERNAKAN MOFARD AGROTECH FARM
- PERSEDIAAN PENERIMAAN DAN KEMASUKAN ANAK PUYUH
- Anak benih puyuh yang diterima adalah berumur 1 hari.
- Membina sistem kepungan menggunakan kadboard, playwood ataupun zink serta hoover (alat pemanas). Luas kawasan kepungan adalah 9 kaki (ukuran rentas). Hoover digantung ditengah-tengah kepungan dengan ketinggian 4 1/2 kaki dari paras lantai.
- Memasang hoover (alat pemanas) sejam sebelum ketibaan anak benih.
- Menyediakan alas lantai menggunakan corrugated paper.
- menyediakan makanan dalam dulang berukuran 30.5 X 30.5 X 2.52 sentimeter serta mengisi air minuman kedalam bekas minuman 4 liter yang dicampur vitastress (setiap kepungan mempunyai 6 dulang makanan dan 6 bekas minuman yang telah di masukkan guli bagi mengelakkan anak puyuh lemas)
- Memastikan kawasan bangsal ternakan tertutup rapi bagi mengelakkan kemasukan udara luar dan memeriksa peralatan penternakan berfungsi dengan baik.
- Membuat pemeriksaan keatas setiap anak benih puyuh yang diterima bagi memastikan anak benih yang diterima berada dalam keadaan sempurna dan sihat serta pengiraan jumlah yang diterima adalah mencukupi mengikut jumlah pesanan.
- Memasukkan anak benih puyuh kedalam setiap kepungan. Sebanyak 900 - 950 ekor anak puyuh bagi setiap kepungan.
- Menetapkan suhu hoover mengikut kesesuaian cuaca.
2. PERINGKAT PERINDUKAN (1 HARI - 10HARI)
- Mencuci dulang makanan dan bekas minuman setiap hari. Ini bagi memastikan peralatan makanan dan minuman ternakan dalam keadaan bersih supaya ia selamat digunakan dan dapat menghindarkan penyakit.
- Pemberian makanan dan bekalan air bersih setiap hari. Pemberian (Quail Starter Mash / Broiler Starter Mash) 1 kali sehari pada usia 1 - 2 hari dan 2 kali sehari apabila usia ternakan menjangkau 3 - 11 hari. Ini bertujuan bekalan makanan dan minuman mencukupi bagi keperluan anak puyuh. Pemberian vitastress pada minuman adalah pada usia 1 - 5 hari (mengikut sukatan yg disyorkan oleh pengeluar).
- Menjaga dan memantau keperluan suhu dari masa ke semasa serta peredaran udara bagi anak puyuh (SANGAT PENTING). suhu yang sesuai adalah 36 - 37 pada 3 hari pertama. Selepas itu suhu boleh dikurangkan mengikut keperluan semasa (hoover kebiasaannya akan ditutup pada waktu siang)
- Pemberian antibiotik mengikut keadaan.
- Membuat pemeriksaan dan pemantauan perkembangan puyuh setiap hari serta pengambilan rekod bagi tujuan rujukan, kajian dan prestasi ternakan, Ini adalah satu prosedur yang dilakukan oleh pihak syarikat bagi menjayakan modul standard syarikat yang diberi nama "Mofard Agrotech Research Performance". Pengambilan rekod adalah seperti suhu, jumlah kematian, punca kematian, kadar pembesaran, kadar atau jumlah makanan dan pelbagai aspek lain.
- Membuat pemeriksaan tahap kesihatan anak puyuh setiap 3 hari (Keadaan Najis, fizikal, tahap pembesaran, hidung dan bulu.
- Mematuhi peraturan Bio Sekuriti, adalah adalah bertujuan mengelakkan ternakan dari dijangkiti penyakit.
- Mengasingkan @ kuarantin puyuh yang dijangkiti penyakit @ lumpuh
- Melupuskan atau menanam anak puyuh yang telah mati dan mengasingkan serta merawat anak puyuh yang sakit.
- Menamatkan pemberian haba pada hari ke-10 dan pembukaan kepungan pada hari ke-11 atau ke-12.
*Nota : Peringkat perindukan adalah peringkat yang sangat kritikal kerana pada peringkat inilah yang akan menentukan sama ada penternakan itu berjaya ataupun gagal. Kebiasaannya jumlah kematian anak puyuh adalah tinggi pada usia 1 - 6 hari. 80% adalah berpunya daripada anak puyuh yang lemah dan kurang daya tahan penyakit.
Menurut kajian yang dijalankan oleh pihak Mofard Agrotech tahap peratus kehidupan atau kematian anak puyuh adalah dipengaruhi oleh PUYUH BAKA. Jika puyuh baka tidak dalam keadaan sihat @ dijangkiti penyakit atau pun sudah tua maka telur yang dikeluarkan juga adalah tidak bermutu dan berkualiti maka anak yang ditetaskan adalah lemah dan kurang daya tahan penyakit.
Peringkat Perindukan (Gambar 1) |
Peringkat Perindukan (Gambar 2)
3. PERINGKAT PEMBESARAN (11 HARI - 30HARI)
- Sistem kepungan dibuka pada hari ke-11 @ 12 (bergantung kepada saiz puyuh)
- Menggunakan sistem bekas makanan tergantung dan bekas minuman automatik (Auto bell drinker) serta memastikan paras gantungan bekas minuman dan makanan mudah untuk dicapai oleh ternakan.
- Memulakan operasi sistem operasi reban tertutup seperti kipas pengalih udara (ventilation fan) dan pad penyejuk udara (cooling pad)
- Pemberian makanan dari jenis quail starter crumble/broiler starter crumble.
- Membersihkan bekas minuman 2 kali sehari.
- Membuat penyemburan EM aktif bagi mengatasi pencemaran bau dan pembiakan lalat. Selain itu dengan semburan EM aktif juga ternakan akan menjadi sihat dan mengurangkan stress ternakan. Kami amat menitikberatkan kebersihan dan mematuhi undang-undang alam sekitar.
- Pemberian EM aktif dalam minuman pada usia 15, 20 & 25 hari usia ternakan mengikut sukatan 1 : 200.
- Pengambilan rekod
- Pemberian antibiotik atau ubat-ubatan mengikut keadaan dengan khidmat nasihat Jabatan Veterinar (kami di Mofard Agrotech Farm tidak berapa mengalakkan penggunaan antibiotik pada ternakan kami)
- Mematuhi peraturan Bio-Sekuriti.
- Melupuskan puyuh telah mati dan mengasing puyuh yang sakit atau cedera (kuarantin)
- Bersedia pada bila-bila masa bagi menghadapi segala kemungkinan seperti gangguan bekalan elektrik, bekalan air dan serangan musuh seperti haiwan liar.
Pelepasan Anak Puyuh Pada Hari ke-11 (Gambar 1) |
Penternakan puyuh pada hari ke-14 menjangkau berat (140g - 160g) |
GAMBAR PEMBINAAN BANGSAL TERNAKAN MOFARD AGROTECH FARM
MAJLIS PERASMIAN PROJEK PENTERNAKAN PUYUH MOFARD AGROTECH FARM
Majlis Perasmian dipengerusikan oleh Ahli Majlis Sabak Bernam En Abu Talib Bujang Ucapan oleh Pengarah Urusan Mofard Agrotech Farm mengenai 4PM Ucapan Perasmian oleh Y.B Tuan Haji Yaakob Sapari (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam & Pembangunan Usahawan Selangor) Majlis Pemotongan Reben oleh Y.B Yaakob Sapari Majlis Pelepasan Anak Puyuh Kedalam Bangsal (B) Mofard Agrotech Farm Y.B Yaakob Sapari Meninjau Penternakan Puyuh pada Bangsal (A) Mofard Agrotech Farm Mohd Fadli (Pengarah Urusan MAF) bersama YB Yaakob dan Tuan Haji Zainal (Pegawai Daerah Sabak Bernam) PERALATAN - PERALATAN PENTERNAKAN Bekas Makanan (Hanging Yellow Feeder) Bekas Minuman Automatik (Automatic Bell Drinker) Kipas Pengalih Udara (Ventilation Fan) Pad Penyejuk (Cooling Pad) Pad Penyejuk yang telah siap dipasang Gas Brooder @ Hoover (Pemanas anak puyuh) Curtain (langsir) untuk menutupi bangsal Close House AKTIVITI PEMASARAN MOFARD AGROTECH FARMGerai Jualan Mofard Agrotech Farm di Pasar Tani Stadium Shah Alam (gambar 1) Gerai Jualan Mofard Agrotech Farm di Pasar Tani Stadium Shah Alam (gambar 2) Diantara pasar-pasar tani yang terlibat dalam mempromosikan dan penjualan adalah seperti berikut :-
SENARAI HARGA RUNCIT & BORONG DAGING PUYUH MOFARD AGROTECH FARM
GAMBAR PRODUK PUYUH MOFARD AGROPuyuh kami diternak dan dibesarkan dengan diperdengarkan alunan bacaan suci Al'Quran dari usia 1 hari sehingga 28 hari. Dengan ini daging puyuh keluaran Mofard Agrotech Farm ini bukan sahaja sedap dimakan dan berkhasiat malahan ia juga baik untuk hati, jiwa dan rohani. Puyuh kami di sembelih dengan mengikut hukum syarak dan diproses dengan bersih sebelum pembungkusan dijalankan. Ini bagi mempastikan puyuh kami benar-benar bersih dan berkualiti. Kandungan Nutritif Daging Puyuh dan Daging Ayam.
RINGKASAN PENULIS |